Melalui latihan DGEMS, anda akan belajar membina laman web, kemahiran pemasaran digital, mengurus media sosial dan teknik menggunakan kemudahan AI.
Kemahiran ini boleh membantu anda membuka lebih banyak peluang pekerjaan, mengembangkan perniagaan dan menjana pendapatan tambahan.
Tambah kemahiran digital yang membantu anda membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.
Bina kehadiran digital yang profesional untuk memperkenalkan produk atau servis anda kepada lebih ramai pelanggan.
Gunakan kemahiran membina laman web untuk mula menawarkan servis kepada individu atau perniagaan lain.
Gunakan hosting selama setahun untuk terus belajar, mencuba dan membangunkan laman web anda.
Belajar membina laman web menggunakan platform yang digunakan secara meluas.
Pelajari kemahiran yang praktikal, relevan dan dekat dengan keperluan dunia sebenar.
Belajar dengan bimbingan tenaga pengajar yang membantu anda langkah demi langkah.
Teruskan pembelajaran melalui myKomuniti.MY, MYNIC AI Tutor, Learning Hub dan MYDX.
Dapatkan sijil Gemini AI yang diiktiraf oleh Google dan tingkatkan kemahiran AI anda.
Komuniti sokongan berterusan
Komuniti yang memainkan peranan untuk memperkasakan peserta dengan kemahiran digital dan bukan digital melalui latihan percuma.
Menyampaikan maklumat berkaitan trend digital semasa dan peluang untuk mengembangkan perniagaan melalui inisiatif rakan kolaborasi MYNIC.
Dalam Pembangunan
Platform sokongan berasaskan AI yang menyediakan bantuan dan maklum balas secara pantas kepada peserta selepas tamat latihan.
AI membantu menjawab pertanyaan peserta berkaitan kandungan latihan dan inisiatif MYNIC pada bila-bila masa.
Dalam Pembangunan
Platform pembelajaran yang membolehkan peserta mengakses semula kandungan latihan secara fleksibel tanpa mengira masa dan lokasi.
Menyediakan akses kepada kandungan terkini bagi menyokong inisiatif peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling).
Direktori digital yang dipercayai
Platform direktori digital yang membantu meningkatkan keterlihatan (visibility) usahawan serta memperluaskan capaian kepada pasaran.
Menghubungkan peserta dengan peluang kerjaya dan kolaborasi bersama usahawan PMKS/PKS di bawah ekosistem MYNIC.
Sertai latihan DGEMS dan dapatkan kemahiran digital yang boleh anda gunakan untuk kerjaya, perniagaan sendiri atau mulakan servis kepada orang lain.