TERMA & SYARAT
1. Tempoh Sah dan Pembaharuan Subdomain
Subdomain tidak akan diperbaharui selepas tamat tempoh sah.Segala kandungan yang diterbitkan melalui subdomain adalah di bawah tanggungjawab pelajar sepenuhnya.
Pelajar hendaklah memastikan salinan sandaran (backup) bagi semua kandungan disediakan dan disimpan dengan selamat.
Subdomain akan tamat tempoh selepas satu (1) tahun dari tarikh domain utama mula beroperasi (go live).
2. Tanggungjawab Pelajar terhadap Kandungan
Setiap pelajar yang menghasilkan atau menerbitkan kandungan melalui subdomain bertanggungjawab memastikan kandungan tersebut:
a) Tidak mengandungi unsur fitnah, tidak senonoh, lucah atau menyinggung perasaan mana-mana pihak, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
b) Tidak digunakan untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang, melanggar hak mana-mana pihak atau bercanggah dengan Kod Kandungan yang ditetapkan oleh Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF).
c) Tidak melanggar atau berpotensi melanggar mana-mana undang-undang, arahan, garis panduan, kod amalan, peraturan, lesen atau permit yang dikeluarkan oleh badan kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang atau pihak berkuasa berkaitan.
d) Tidak digunakan untuk sebarang aktiviti yang tidak wajar, tidak diingini atau bertentangan dengan kepentingan negara dan awam.
e) Tidak melanggar mana-mana tanda dagangan, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar, serta hak harta intelek milik pihak ketiga.
f) Tidak digunakan untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang, mengganggu operasi, berniat jahat, berbentuk penipuan atau memperdaya pihak lain sehingga boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan sistem MYNIC, universiti serta pengguna Internet. Aktiviti tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perisian hasad (malware), spam, pancingan data (phishing), botnet dan pharming.
3. Contoh Permohonan dan Kelulusan Subdomain
Berikut merupakan beberapa contoh situasi permohonan subdomain yang mungkin diluluskan atau tidak diluluskan sepanjang tempoh latihan. Senarai ini tidak terhad kepada contoh yang dinyatakan sahaja.
Contoh 1: Kandungan Media Sosial (Instagram, X, Threads dan Facebook)
Permohonan:
"Saya ingin mendapatkan subdomain di bawah dgems.my untuk menempatkan kandungan yang telah dan akan saya hasilkan melalui akaun Instagram, X, Threads atau Facebook saya."
Status: Berkemungkinan Diluluskan
Permohonan ini berkemungkinan diluluskan. Walau bagaimanapun, segala kandungan yang telah atau akan dihasilkan melalui akaun media sosial tersebut kekal menjadi tanggungjawab pelajar sepenuhnya.
Sebarang pengalihan (redirect) daripada subdomain yang diwujudkan ke laman web luaran adalah tidak dibenarkan.
Contoh 2: Kandungan LinkedIn
Permohonan:
"Saya ingin mendapatkan subdomain di bawah dgems.my untuk menempatkan kandungan yang telah dan akan saya hasilkan melalui akaun LinkedIn saya."
Status: Berkemungkinan Diluluskan
Permohonan ini berkemungkinan diluluskan. Walau bagaimanapun, segala kandungan yang telah atau akan dihasilkan melalui akaun LinkedIn tersebut kekal menjadi tanggungjawab pelajar sepenuhnya.Sebarang pengalihan (redirect) daripada subdomain yang diwujudkan ke laman web luaran adalah tidak dibenarkan.
Contoh 3: Pengalihan ke Domain Lain
Permohonan:
"Saya ingin mendapatkan subdomain di bawah dgems.my untuk menempatkan kandungan yang boleh dialihkan ke alamat laman web lain seperti .com, .xyz, .cc, .me atau .co."
Status: Berkemungkinan Diluluskan, Tertakluk kepada Syarat
Permohonan ini berkemungkinan diluluskan. Walau bagaimanapun, segala kandungan yang dihasilkan kekal menjadi tanggungjawab pelajar sepenuhnya.Sebarang pengalihan (redirect) daripada subdomain yang diwujudkan ke laman web luaran adalah tidak dibenarkan.
Contoh 4: Penggunaan Subdomain untuk Produk Perisian
Permohonan:
"Saya ingin mendapatkan subdomain untuk produk perisian yang telah saya beli atau bangunkan tanpa pengetahuan dan persetujuan pihak DECE."
Status: Tidak Diluluskan
Permohonan ini tidak akan diluluskan. Sebarang produk perisian yang ingin digunakan melalui subdomain hendaklah terlebih dahulu mendapat pengiktirafan dan kelulusan daripada pihak DECE sebelum subdomain diwujudkan.
Contoh 5: Penggunaan Subdomain untuk Aplikasi
Permohonan:"
Saya ingin mendapatkan subdomain untuk aplikasi yang telah saya beli atau bangunkan tanpa pengetahuan dan persetujuan pihak DECE."
Status: Tidak Diluluskan
Permohonan ini tidak akan diluluskan. Sebarang aplikasi yang ingin digunakan melalui subdomain hendaklah terlebih dahulu mendapat pengiktirafan dan kelulusan daripada pihak DECE sebelum subdomain diwujudkan.
Contoh 6: Penggunaan Nama Negara atau Negeri
Permohonan:
"Saya ingin mendapatkan subdomain yang mengandungi perkataan seperti 'Malaysia', 'Malacca', 'Johore' atau perkataan yang mempunyai maksud sama dalam Bahasa Malaysia, Cina atau Tamil seperti 'Melaka', 'Johor' dan sebagainya."
Status: Tidak Diluluskan
Permohonan subdomain yang mengandungi perkataan tersebut tidak akan diluluskan.
Contoh 7: Penggunaan Nama Berkaitan Kerajaan
Permohonan:
"Saya ingin mendapatkan subdomain yang mengandungi perkataan seperti 'Malaysia Government', 'Government', 'Parliament', 'Prime Minister' atau sebarang variasi perkataan dan aksara bukan Latin yang boleh menggambarkan hubungan dengan kerajaan, termasuk istilah dalam Bahasa Malaysia, Cina atau Tamil seperti 'Kerajaan Malaysia', 'Menteri', 'Parlimen' dan 'Perdana Menteri'."
Status: Tidak Diluluskan
Permohonan subdomain yang mengandungi perkataan atau istilah yang boleh menggambarkan hubungan dengan kerajaan tidak akan diluluskan.
Contoh 8: Penggunaan Nama Berkaitan Institusi Diraja
Permohonan:
"Saya ingin mendapatkan subdomain yang mengandungi perkataan, variasi perkataan atau aksara bukan Latin yang boleh menggambarkan hubungan dengan institusi diraja atau naungan diraja Malaysia."
Status: Tidak Diluluskan
Permohonan subdomain yang mengandungi perkataan atau istilah yang boleh menggambarkan hubungan dengan institusi diraja atau naungan diraja Malaysia tidak akan diluluskan.
Contoh 9: Penggunaan Istilah Berkaitan Agama
Permohonan:
"Saya ingin mendapatkan subdomain yang mengandungi perkataan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia yang berkaitan dengan agama utama di Malaysia seperti 'Islam', 'Buddha', 'Hindu', 'Christianity' dan sebagainya."
Status: Tidak Diluluskan
Permohonan subdomain yang mengandungi perkataan atau istilah berkaitan agama seperti yang dinyatakan tidak akan diluluskan.
Contoh 10: Penggunaan Istilah Berkaitan Perbankan dan Kewangan
Permohonan:
"Saya ingin mendapatkan subdomain yang mengandungi perkataan seperti 'bank' atau 'finance company', sama ada digunakan secara tersendiri atau sebagai sebahagian daripada nama subdomain, termasuk sebarang variasi perkataan tersebut dalam mana-mana bahasa yang menggambarkan aktiviti perbankan atau perniagaan kewangan."
Status: Tidak Diluluskan
Permohonan subdomain yang mengandungi perkataan atau istilah tersebut tidak akan diluluskan.
Contoh 11: Penggunaan Nama Organisasi Antara Kerajaan dan Negara
Permohonan:
"Saya ingin mendapatkan subdomain yang mengandungi nama organisasi antara kerajaan (Inter-Governmental Organizations atau IGO) seperti 'Red Cross', 'United Nations' atau nama negara, sama ada dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Cina atau Tamil."
Status: Tidak Diluluskan
Permohonan subdomain yang mengandungi nama organisasi antara kerajaan atau nama negara seperti yang dinyatakan tidak akan diluluskan.